Thursday, January 10, 2013

~Ayah Jangan Nangis Lagi~

Lebih kurang setahun lepas nenek belah mak aku meninggal, atuk kesayangan aku lak meninggal..(sebab aku cucu kesayangan arwah,so aku pon jadikan atuk aku ni atuk kesayangan)
Selama aku hidup,(mase tu aku baw 4 tahun) aku tak pernah pon nampak ayah aku menangis..Walaupon dia dipatuk ular,disengat serangga berbisa,tak pernah walau setitis aku lihat air mata ayah menitis kat pipi dia..
Tapi..
Pemergian atuk memberikan kesan yang mendalam kepada ayah aku..Mungkin atuk aku la tempat ayah aku mengadu dan tempat meminta nasihat selepas kematian ibunya(nenek aku belah ayah)..
Aku sentiasa di sebelah ayah aku,setibanya kami di rumah atuk..Time orang nak mandikan atuk,aku pon nak turut serta tapi ditegah olek mak..Aku cuma lihat atuk aku dimandikan dari jauh..Time orang kafankan atuk aku pon aku tengok..Aku rase cam da tak de orang sayangkan aku lepas ni..Da takde sape nak manjakan aku bila atuk aku tinggalkan aku..
Allah..


Selepas arwah atuk disembahnyangkan,orang ramai mengusun keranda atuk ke belakang masjid untuk dikebumikan..Aku laju ke tepi liang lahad tanpa sempat mak menegah..
Tika mayat atuk diturunkan ke liang lahad,aku nampak ayah yang tika itu berada di dalam liang mengesat mata yang basah..
Seusai talkin dibacakan,doa telah diaminkan,semua yang hadir,beransur pulang ke rumah masing2..Tinggallah ayah,bapa saudara(adik ayah) dan aku..Aku setia menemani ayah dengan mengaminkan doa yang dibaca olehnya..
"Ayoh,jom balik!!"
Suara aku juga turut sebak melihat ayahku yang kesedihan..
"Ayoh..Doh la nangis..Ayoh kan baik.."
Ayah aku hanya tersenyum melihatku..Lebih kurang lam beberapa minit lepas tu,kami pon pulang ke rumah..

Moga arwah atuk ditempatkan ditempat orang2 yang soleh dan orang2 yang baik..Sebab atuk memang baik..Terutamanya dengan cucu kesayangannya ni..

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment